HomeBeritaSelebriti wanita ditemukan mati di bawah pangsapuri

Selebriti wanita ditemukan mati di bawah pangsapuri

JOHOR BAHRU: Mayat seorang wanita ditemukan meninggal dunia di bahagian bawah sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistan Komisioner Raub Selamat berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 12.50 tengah hari pada Khamis memaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati si mati merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun bekerja sebagai pelakon sambilan.

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pansapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

“Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asistan Superintenden Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Author

Pilihan Editor