HomeBeritaShahidan Kassim antara pemimpin UMNO gugur daripada senarai calon PRU15

Shahidan Kassim antara pemimpin UMNO gugur daripada senarai calon PRU15

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan bahawa beliau digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi hantaran di Facebooknya pada malam tadi, beliau yang telah memegang kerusi Parlimen Arau sejak bertahun lamanya, memaklumkan bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” kata Shahidan.

Selain Shahidan, terdapat senarai nama barisan pemimpin UMNO yang digugurkan daripada dicalonkan telah tular di media sosial, mereka ialah:

– Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang)
– Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
– Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
– Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi)
– Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
– Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
– Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol)
– Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran)
– Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)

Namun apa yang pasti, barisan calon BN yang akan dipertandingkan dalam PRU15 akan diumumkan pada malam ini, jam 8.30 malam di Pusat Konvensyen Kebangsaan (WTC) Kuala Lumpur.

Author

Pilihan Editor