HomeSukanTiada lagi rasa hormat terhadap Ten Hag - Ronaldo

Tiada lagi rasa hormat terhadap Ten Hag – Ronaldo

 

“SAYA tidak mempunyai rasa hormat kepada Erik ten Hag kerana dia tidak mempunyai rasa hormat terhadap saya,” kata bintang bola sepak popular, Christiano Ronaldo.

Malahan, dia turut mengaku terasa hati dengan layanan pengurus kelab Manchester United itu meskipun dia kerap membuktikan dirinya sebagai pemain yang berkaliber di pentas bola sepak dunia.

Namun, dia mendakwa dirinya seringkali dipersalahkan ketika prestasi keseluruhan pasukan tidak berada pada tahap yang memuaskan.

Bintang Portugal itu juga berasa dirinya seperti tidak diperlukan lagi di kelab itu dan menzahirkan kekecewaan mengenai perkara berkenaan.

“Saya tidak mempunyai rasa hormat kepada Erik ten Hag kerana dia tidak mempunyai rasa hormat terhadap saya,

“Jika kamu tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati kamu” kata Ronaldo seperti dilapor The Sun.

Ronaldo berkata demikian ketika ditemu bual bagi program realiti televisyen bersama Piers Morgan.

Ronaldo, yang merupakan penjaring terbanyak buat The Red Devils dengan 24 gol musim lalu, dilaporkan sempat meminta untuk meninggalkan kelab itu berikutan kegagalan mereka melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL), lantas pemain berusia 37 tahun tersebut kurang dipedulikan oleh Ten Hag.

Malah, sebelum menyertai Portugal ke Qatar untuk penampilan Piala Dunia kelimanya dan mungkin terakhir, Ronaldo percaya bahawa tokoh senior di Old Trafford termasuk Ten Hag ingin menyingkirkannya.

“Ya, bukan sahaja jurulatih, malah dua atau tiga lagi individu di kelab ini yang saya rasa telah mengkhianati saya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor