HomeSukanUCL: Gol Salah dan Nunez, benam Napoli 2-0

UCL: Gol Salah dan Nunez, benam Napoli 2-0

LIVERPOOL menamatkan rekod tanpa kalah Napoli sebanyak 21 perlawanan setelah menewaskan Napoli 2-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah 2022/2023 di Anfield, pada awal lagi tadi.

Kemenangan itu masih tidak cukup untuk memintas Napoli selaku juara kumpulan dengan kedua-dua pasukan telah mara ke peringkat seterusnya iaitu pusingan 16 kelompok terbaik.

Kedua-dua gol skuad Jurgen Klopp dihasilkan pada hujung minit perlawanan menerusi Mohamed Salah pada minit ke-85 serta jaringan kedua oleh penyerang, Darwin Nunez untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik Liverpool.

Meskipun tewas, Napoli menduduki tangga teratas dalam kumpulan dengan kelebihan jaringan defisit sebanyak tiga gol kepada Liverpool dengan kedua-dua pasukan terikat dengan kutipan 15 mata.

Kekalahan ini telah memadamkan rekod 13 kemenangan berturut-turut Napoli dalam semua perlawanan kejohanan.

Liverpool akan berkunjung ke Tottenham Hotspurs bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Author

Pilihan Editor