HomeBeritaZahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

CYBERJAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa surat tular yang menyatakan beliau meletakkan jawatan adalah palsu.

Beliau memaklumkan perkara tersebut melalui kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya sambil disertai gambar surat tular itu yang telah ditandakan dengan ‘palsu’.

Merujuk surat tular ‘palsu’ pada Selasa itu, Zahid dikatakan ingin meletak jawatannya sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, serta akan menyerahkan kedua jawatan tersebut kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Author

Pilihan Editor