HomeNiagaArmel nafi fitnah jual emas terpakai

Armel nafi fitnah jual emas terpakai

CHERAS: Pernah berdepan fitnah kerana menjual emas terpakai tidak mematahkan semangat pengusaha Kedai Emas Armel, Bandar Sri Permaisuri, di sini, untuk terus menawarkan produk termurah kepada semua termasuk kurang berkemampuan.

Pengurus Cawangan Emas Armel Bandar Sri Permaisuri, Muhammad Alif Hayqal Isha, percaya semua kedai emas memiliki cabaran masing-masing, namun Emas Armel satu-satunya perniagaan yang menyediakan harga emas paling murah dalam negara.

Katanya, kekuatan Emas Armel adalah emas termurah pada harga RM239 satu gram termasuk caj upah, rekaan klasik yang sukar didapati di mana-mana, berubah-ubah mengikut citarasa pelanggan dan mempunyai kilang penghasilan rekaan emas khas di Seksyen 11, Shah Alam.

Datuk Normashayu Puteh

Tidak mempedulikan kata-kata negatif, pihak Emas Armel terus menangani persepsi yang bermula pada awal tahun, dengan memberi kesedaran kepada orang awam tentang Emas Armel di pelbagai platform media sosial.

“Ada yang mengatakan Emas Armel jual emas ‘preloved’, ‘second hand’, terpakai, sebab itu murah sangat tetapi selepas kita ‘blast’ di Facebook, pelanggan dah faham.

“Saya percaya pesaing lain tidak begitu runsing dengan persaingan harga kerana masing-masing ada strategi sendiri, ada yang banyak rangkaian, ada yang menempatkan kedai mereka di pusat beli belah,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Perasmian Kedai Emas Armel Cawangan Ke-3 disempurnakan oleh Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Datuk Normashayu Puteh, di sini.

Cawangan pertama Kedai Emas Armel adalah di Jalan Plumbum P/7, Seksyen 7, yang dibuka pada 11 November 2021, diikuti cawangan kedua di Johor Bharu.

Muhammad Alif Hayqal berkata, meskipun harga yang ditetapkan bersama caj upah murah, pihaknya mengambil konsep jual mahal maka pelanggan kurang.

“Di Emas Armel, bayaran dilakukan secara tunai. Kalau kita jual mahal, ‘volume’ (skala jumlah) akan kurang.

“Kita akan kekalkan status kita sebagai emas termurah di Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia memiliki emas,” katanya.

Beliau berkata, Emas Armel juga turut melaksanakan strategi sokongan artis dan pihak berkepentingan.

Bercerita mengenai rekaan Emas Armel, kebanyakan koleksi adalah rekaan rantai tangan sauh, rantai tangan coco, rantai tangan jagung dan rantai tangan coco lipan.

“Kita juga mempunyai koleksi yang sentiasa mengikut fesyen terkini seperti roti ban, biskut, inspirasi Tiffany & Co, Dior, Chanel tetapi kelebihan Armel adalah kita mempunyai rekaan kait 3,4,5, yang mana kait 5 paling susah nak dapat, tetapi kita ada.

“Pelanggan warga emas pula lebih sukakan rekaan emas padat manakala bagi lelaki, mereka lebih kepada goldbar 999,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai itu, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook, IG dan Telegram atas nama Kedai Emas Armel.

Author

Pilihan Editor