HomeMV+EksklusifHari pertama saya dipenjara, anak ada peperiksaan - Emilia Hanafi

Hari pertama saya dipenjara, anak ada peperiksaan – Emilia Hanafi

KUALA LUMPUR: Di saat seorang ibu tunggal berdepan getir hidup dan terpaksa menjalani hukuman penjara pada hari pertama, seorang anak lelakinya pula ‘bertarung’ dengan ujian peperiksaan juga pada hari yang sama.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Mengenangkan semula kisah Emilia Hanafi menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan ubah tarikh lawatan anak, pada 27 Jun 2022, hanya segelintir sahaja mengetahui anak sulung lelakinya, SM Fawwaz Amin sedang menjalani ujian peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE) ketika itu.

IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge IGCSE yang berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pelajar boleh mengambil ujian bagi keseluruhan 10 subjek dijalankan serentak atau, berasingan bagi dua tempoh masing-masing pada Mei/Jun atau Oktober/November, dan keputusan ujian akan keluar dua bulan dari tarikh ujian.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Emilia, bekas isteri kepada jutawan konglomerat negara berkata, Fawwaz mendapat keputusan A+ dalam Bahasa Melayu dan Pengajian Perniagaan, yang juga subjek yang diambil anaknya itu dalam ujian peperiksaan IGCSE pada hari pertama wanita itu ke Penjara Kajang.

Bukan setakat terharu, Emilia turut meluahkan syukur malah bangga dengan Fawwaz kerana mampu mengasingkan tekanan emosi ketika mengetahui ibunya berdepan cabaran hingga ke tirai besi tatkala dia sendiri di dewan peperiksaan.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

“Sebenarnya, Fawwaz kurang penguasaan Bahasa Melayu. Sebab dia memang akan menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan harian, sebab dia kan ala mat saleh.

“Tetapi Allah mudahkan dia jawab periksa dengan baik. Saya juga tak putus-putus berdoa untuk kejayaan dia ketika berada di penjara,” katanya ketika ditemui MEDIA VARIASI, di sini, hari ini.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Emilia berkata, Fawwaz masih lagi menunggu keputusan bagi beberapa subjek lain ketika ini, namun tidak berharap terlalu tinggi melainkan mahu kesihatan mental dan diri anak-anaknya terjaga dengan baik.

Kisah pemenjaraan Emilia sebelum ini pernah mendapat liputan meluas sehingga menarik perhatian, golongan artis termasuk penyanyi terkenal Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Che Puan Sarimah Ibrahim, Zahida Rafik, pemimpin politik, rakyat dalam dan luar negara seperti di Australia dan Brunei.

Berita berkaitan: Tiada anak mahu lihat ibunya dipenjarakan, tetapi…

Author

Pilihan Editor