HomeNiagaIkon RR Empire bantu rakyat jana pendapatan tanpa modal

Ikon RR Empire bantu rakyat jana pendapatan tanpa modal

KUALA LUMPUR: Jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini memperkenalkan program perniagaan tudung dan beg tangan di bawah label Ikon RR Empire.

Inisiatif itu dibuat sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal.

Pereka RR, Wan Ruzaini Wan Jamil berkata, orang ramai yang menyertai akan mendapat komisen daripada hasil jualan dan tidak perlu mengeluarkan modal kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak pengurusan.

“Mereka hanya perlu guna tudung dan beg tangan jenama RR Empire serta promosi dan bantu pembeli untuk membuat pembelian melalui media sosial atau platform perniagaan lain.

“Ejen yang kami panggil Ikon RR Empire ini turut akan mendapat banyak keistimewaan seperti kelas dandanan, solekan dan tutorial cara berhijab sebagai membantu mereka memasarkan produk.

“Dalam erti kata mudah, mereka hanya perlu ‘pose cantik’ sahaja di rumah, tidak perlu pegang produk pun. Malah setiap bulan, kami juga akan mengadakan kelas grooming selain bantuan dari pelbagai sudut lain,” katanya dalam satu kenyataan.

RR Empire turut memperkenalkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah selaku muse produk tudung terbaharu mereka, Riverra Scarves yang didatangkan dengan 20 pilihan warna.

Rizman dan Ruzaini bersama Mira Filzah

Dalam pada itu, RR mensasarkan pembukaan 10 kiosk kekal pada tahun 2023.

Tahun depan juga RR bakal melebarkan sayap mereka ke pasaran Arab Saudi.

Pereka RR, Rizman Nordin berkata, peluang ini bermula dengan usaha dari seorang pelanggan Arab Saudi.

“Pada mulanya, beliau (pelanggan) memanggil kami datang ke hotel tempat dia menginap dan di situ juga kami ambil ukuran dan selepas baju disiapkan, mereka berpuas hati dan suka dengan rekaan kami.

“Dan daripada networking ini, ahli perniagaan tersebut mencadangkan kepada kami untuk lebarkan sayap ke pasaran di Arab Saudi pula. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, jenama Rizman Ruzaini akan ke sana pada tahun hadapan,” katanya.

Author

Pilihan Editor