HomeBeritaIsu roboh 30 gerai: Peniaga kecewa MP Puchong tak jawab 'Whatsapp'

Isu roboh 30 gerai: Peniaga kecewa MP Puchong tak jawab ‘Whatsapp’

PUCHONG: Peniaga-peniaga golongan B40 meluahkan rasa kecewa apabila Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin tidak memberi maklum balas isu perobohan 30 gerai mereka di Bulatan Puchong Permai, di sini.

Mereka menerima notis perobohan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) terhadap 30 gerai peniaga Melayu di sepanjang rizab bahu Jalan Taqwa Bulatan Puchong Permai mengikut Seksyen 72 (5) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) pada kelmarin untuk tindakan roboh hari ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Presiden Persatuan Peniaga sudah menghantar mesej Whatsapp kepada Ahli Parlimen (MP) Puchong namun tidak dijawab.

“Gerai mereka hendak dirobohkan, hilang sumber pendapatan anak hendak masuk sekolah lagi dua minggu, ada yang tanggung anak OKU tiada timbang rasa langsung.

“Inilah berlaku apabila MP hanya anggap rakyat sebagai alat politik sahaja, untuk undi sahaja, bila raih undi laju je jawab Whatsapp.

“MP apabila menang nak jawab Whatsapp pun tak boleh inilah contoh pemimpin ‘hit and run” sudah menang terus ghaib.

“Kita lihat masih banyak kedai mesin judi di Selangor beroperasi secara haram tetapi tiada tindakan, yang peniaga miskin hendak cari makan ni pula yang ditindas.

“PBT ini kalau peniaga jual goreng pisang nasi lemak ada sahaja hendak ambil tindakan, tetapi kalau kedai urut, kedai judi, kilang dibiar sahaja beroperasi secara haram bertahun-tahun sampai berlaku pencemaran dan tanah runtuh baru tahu tak buat kerja, jika tanya oh kami bertindak atas aduan, ” katanya pada sidang media Bantahan Tindakan Roboh 30 Gerai Peniaga di Bulatan Puchong Permai di sini.

30 peniaga yang terkesan akibat gerai mereka diroboh MBSJ

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Bulatan Puchong Permai, Yusof Isa berkata, MBSJ sediakan tapak niaga baharu ukuran sebesar satu lot parkir kereta sahaja, hendak masak di situ pun tak boleh.

“Konon untuk bantu peniaga tak tak ikhlas diberi tempat sempit apa pun tak boleh buat, bina pula di tempat tak strategik tiada orang datang, ini cara halus bunuh peniaga!

“MBSJ mahu roboh tapak ini untuk benarkan perlebaran jalan, ini projek ‘kelepet duit’ projek yang dicipta untuk beri makan kontraktor di samping kutip komisyen.

“Ini laluan tikus yang dibuka orang kampung 25 tahun lalu hujung jalan sebuah masjid sahaja.

“Ia bukan jalan utama jadi kenapa beria-ria hendak buat kecuali untuk sakau duit?

“Saya disaman MBSJ hari-hari tanpa ada alasan, memang melampau,” katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau merayu agar pihak MBSJ dapat menangguhkan perobohan itu sehingga bubar DUN dan juga besarkan tapak niaga di lokasi pemindahan.

Author

Pilihan Editor