HomeBeritaJika menang Januari, Najib akan kembali ke pangkuan keluarga - Yana

Jika menang Januari, Najib akan kembali ke pangkuan keluarga – Yana

KUALA LUMPUR: Sepertimana janji Nooryana Najwa untuk mengembalikan Datuk Seri Najib Razak ke pangkuan keluarga, anak perempuan mantan Perdana Menteri itu yakin bahawa bapanya akan dibebaskan tidak lama lagi.

Ini kerana, Nooryana Najwa, 34, dalam hantaran terbaharu di Instagramnya menulis, perjuangan untuk membela keadilan kepada Najib tidak pernah terhenti dan bapanya masih mempunyai satu lagi peluang untuk mendapatkan keadilan sewajarnya.

Katanya, jika Najib menang dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) terhadap dirinya, beliau berkemungkinan akan dibebaskan.

“Perjuangan #justice4dsn tidak pernah berakhir. Kita masih ada satu lagi peluang. Jadi, kita simpan ‘parut’ lama, jahit semula luka dengan kemas dan bangkit berdiri atas perjuangan ini kembali.

“Semakan kes kehakiman SRC akan bermula 19 Januari 2023. All hands on deck untuk memastikan DSN (Najib) akan mendapat keadilan kali ini. Jika DSN menang pada bulan Januari, he will be free to come back to us,” tulisnya.

Nooryana turut menyertakan beberapa perkara yang menafikan hak Najib untuk mendapatkan proses perbicaraan yang adil di hantaran sama.

Author

Pilihan Editor