HomeBeritaKerajaan Perpaduan tidak akan beri tumpuan iktiraf UEC

Kerajaan Perpaduan tidak akan beri tumpuan iktiraf UEC

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi tumpuan terhadap isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai adakah UEC akan diiktiraf Kerajaan Perpaduan memandangkan pengiktirafan UEC terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PH.

Menurutnya, buat masa ini Kerajaan Perpaduan akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

“Isu utama Kerajaan Perpaduan pada hari ini akan menumpukan kepada cabaran ekonomi dan kos sara hidup, dan apa-apa isu yang terkait rapat sedang dibangkitkan dan sebagainya kita akan lihat dari semasa ke semasa.

“Berkaitan dengan manifesto juga, saya fikir kita akan lihat semula kerana ini adalah Kerajaan Perpaduan yang kita tidak lagi bercakap tentang manifesto kerajaan Pakatan Harapan semata-mata.

“Jadi, manifesto juga kita akan lihat dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keutamaan semasa,” jawabnya tegas dalam Sidang Media Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis.

Author

Pilihan Editor