HomeBeritaKes rogol pelajar di Sarawak: Guru ditahan di Thailand

Kes rogol pelajar di Sarawak: Guru ditahan di Thailand

KUALA LUMPUR: Seorang guru asal Kelantan melarikan diri selepas dituduh terlibat mencabul, merogol seorang pelajar sekolah menengah di Bintulu, Sarawak sejak lima bulan lalu akhirnya berjaya ditangkap di Thailand.

Suspek ditahan di Thailand berdasarkan satu status yang dimuat naik di halaman Facebook Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara.

Sebelum ini, portal Majoriti melaporkan seorang guru dari Kelantan didakwa merogol seorang pelajar sekolah menengah di Bintulu, Sarawak.

Dakwaan itu menjadi semakin hangat apabila mangsa kedua tampil membuat laporan polis.

Pengerusi Biro Pergerakan Pembangunan Wanita Kayan Tubau/Jelalong, Victoria Mujan Anak Nyeigok sebelum ini dilaporkan berkata, kedua-dua mangsa diraba di bilik muzik di sekolah berkenaan.

Kedua-dua mangsa merupakan anak Orang Ulu dan berumur 14 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Bartholomew Umpit berkata, suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit satu kes rogol pada 29 Julai lalu di daerah Bintulu, Sarawak.

Katanya, suspek seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir, 33, dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku di bahagian ini pada 29 Julai lepas.

 

Suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Author

Pilihan Editor