HomeGaya HidupKulit cantik bak ratu bersama losyen probiotik Rose White

Kulit cantik bak ratu bersama losyen probiotik Rose White

DUA bulan lalu, kulit muka penulis amat kusam dengan, tona kulit yang tidak sekata, mudah ditumbuhi jerawat kesan penggunaan pelitup muka dan sangat kering.

Namun segalanya berubah setelah penulis pertama kali menggunakan losyen probiotik 30ml Rose White yang diperbuat daripada probiotik atau juga dikenali sebagai bakteria baik.

Losyen probiotik Rose White

Penulis menganggap Rose White adalah produk kesihatan kulit terbaik setakat ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan seawal tiga hari malah penggunaan berterusan mencerahkan dan menganjalkan kulit secara semula jadi.

Ramai yang tegur, “cantiknya kulit awak”, “mudanya awak,” dan juga ada yang berkata, “putihnya macam anak Cina”. Rahsianya adalah Rose White.

Membuka rahsia sebenar kelebihan Rose White berbanding produk lain penulis menemu bual pengasasnya, Yoga Lin yang menceritakan pada asalnya beliau juga memiliki masalah kulit sensitif dan jerawat yang teruk.

Kulit sebelum dan selepas menggunakan losyen probiotik Rose White

Kulit wajahnya lembap, segar, berseri-seri, sihat dan licin bak ratu berkongsi rahsia bagaimana mendapatkan kulit sepertinya.

“Dahulu kulit saya sangat teruk, breakout kerana sensitif dan tersalah pilih produk dan pernah satu tahap ‘stress’ sebab semua produk beri hasil sama iaitu mengecewakan.

Kulit sensitif dan jerawat sebelum menggunakan Rose White

“Akhirnya saya temui Rose White yang mana dijadikan daripada bahan semula jadi, ekstrak bunga mawar, tiada alkohol, tiada bahan kimia terlarang seperti logam berat dan lain-lain.

“Botol ini mengandungi ekstrak Centella Asiatica, bunga Rosa Damascena, ekstrak mel dan minyak kacang almond manis.

“Ia memperbaiki kulit yang rosak, bersifat kalis pencemaran, menguatkan lapisan sel epidermik kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh beri kesan seperti kusam serta jeragat.

“Losyen probiotik Rose White mengandungi probiotik yang menyihatkan kulit dengan menyingkirkan toksin daripada kulit muka.

“Ia meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan keremajaan pada kulit,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Kulit bersih dan sihat selepas menggunakan Rose White

Rose White sudah lima tahun berada di pasaran dan memiliki rangkaian produk terdiri daripada pencuci, toner, serum, losyen probiotik, renew lotion (sunblock), clear mask dan gold mask (paper mask).

Menurut Dr. Debra Jaliman, Ahli Dermatologi di New York serta pengarang buku Skin Rules: Trade Secrets from a Top New York Dermatologist, bakteria baik atau probiotik yang juga dikenali sebagai yis memainkan peranan penting terhadap kesihatan kulit seseorang.

Malah, kehadiran bakteria baik ini juga dapat menghalang sebarang jangkitan bakteria yang dapat merosakkan kulit wajah.

Menurut beliau lagi, setiap bahagian kulit kita mempunyai mikrobiomnya yang tersendiri. Setiap mikrobiom ini pula terdiri daripada virus, kulat dan bakteria baik yang berbeza.

Bakteria baik ini penting bagi mengelakkan inflamasi serta menghalang sebarang jangkitan bakteria yang dapat merosakkan kulit wajah.

Dalam pada itu, wanita cantik ini memberitahu kajian juga menunjukkan, probiotik dapat menyihatkan kulit, menghilangkan kedutan dan memastikannya sentiasa lembap dan kekal hidrat.

“Ia juga membantu melegakan pelbagai jenis penyakit kuli seperti jerawat, ruam, ekzema, rosacea atau psoriasis.

“Probiotik dapat mengurangkan kesan penuaan, membantu kulit menghasilkan kolagen yang dapat menguatkan struktur kulit serta melembutkan wajah. Inilah yang membuatkan kulit muka kita nampak lebih awet muda!

“Selain dapat mengurangkan inflamasi, probiotik juga membuatkan kulit lebih rintang terhadap kesan negatif cahaya matahari, mengekalkan kelembapan kulit.

“Probiotik dalam Rose White dapat mengelakkan keradangan dan mengurangkan breakout pada kulit, memperbaiki kulit serta mengurangkan sensitiviti.

“Penyakit kulit datang dengan pelbagai simptom yang perit seperti gatal-gatal, rasa pedih dan sensitif terhadap sentuhan.

“Apa yang lebih teruk, apabila jerawat mulai sembuh, kulit pasti akan dihinggapi dengan parut yang sukar untuk dihilangkan tetapi masalah ini tidak wujud dengan amalan berterusan serum Rose White, ” katanya.

Yoga Lin tampil yakin dan mempersonakan selepas menggunakan Rose White

Selain serum, ia juga didatangkan bersama lapan lagi produk lain lengkap dengan pencuci muka, krim siang, krim malam dan juga masker.

Orang ramai yang mahu membelinya di dalam talian boleh terus ke Facebook Rose White HQ atau berkunjung ke pusat kecantikannya di Bukit Raja, Klang.

Walaupun baharu lima tahun berada di pasaran namun ia memiliki ribuan pelanggan setia, dengan harga mampu milik dan penggunaan ia amat berbaloi kerana kulit anda bertukar bak ratu kayangan!

Author

Pilihan Editor