HomeBeritaLembu berkeliaran atas jalan bahayakan pemandu di sekitar Dengkil

Lembu berkeliaran atas jalan bahayakan pemandu di sekitar Dengkil

CYBERJAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari digesa ambil tindakan segera ke atas masalah lembu yang berkeliaran di sekitar Dengkil.

Gesaan itu dikeluarkan seorang penduduk, Azwan Muhamad yang berkongsikan di Twitternya mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar lembu yang berkeliaran di Jenderam Hilir, Dengkil yang berlaku pada Jumaat malam.

Azwan turut menyertakan sekali dalam ciapannya, rakaman ‘dash cam’ kereta yang menunjukkan kemalangan berlaku di jalan yang gelap dan sekumpulan lembu tersebut muncul-muncul tiba-tiba di hadapannya sebelum dilanggar kereta tersebut.

“Masalah lembu berkeliaran di sekitar Dengkil semakin merunsingkan. Malam tadi kejadian di Jenderam Hilir. Mohon tindakan segera Yang Amat Berhormat Datuk Seri Amirudin Shari.

https://twitter.com/azwandengkil/status/1608973464337256449?s=20&t=utmgWqcgL2bo-X66xBw1Vw

“Siang semalam di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil, penduduk kampung siap panggil polis kerana risau tengok banyak lembu entah dari mana datangnya. Saya yakin lembu ini semua bertuan. Tetapi dilepaskan tanpa pengawasan.

“Bangkai lembu masih ada lagi di tepi jalan. Pemilik lembu sudah pasti takkan mengaku itu lembu peliharaannya,” kata Azwan di Twitternya pada Sabtu.

Author

Pilihan Editor