HomeBeritaMatlamat tubuh Bersatu lebih daripada sekadar bunuh UMNO - Zahid

Matlamat tubuh Bersatu lebih daripada sekadar bunuh UMNO – Zahid

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO menyatakan matlamat penubuhan Bersatu adalah lebih daripada sekadar membunuh UMNO.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah baru-baru ini.

Terdahulu, Saifuddin berkata sebahagian objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Ke-15 lalu.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Zahid berkata, daripada awal lagi beliau telah memberitahu bahawa matlamat penubuhan Bersatu itu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO.

“Jelas bahawa di dalam PRU15 lalu, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka dan kita harap ini akan menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya.

“Kita tahu bahawa matlamat mereka lebih jauh daripada itu sebenarnya apabila buat pertama kalinya ketika seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri yang di atas kerjanya telah ada surat untuk mengharam dan membatalkan UMNO.

“Namun, kita mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah dapat membatalkan hasrat itu,” ujarnya dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) di Sunway Resort Hotel pada Ahad malam.

Berita berkaitan: Terima kasih kepada ‘seseorang’ yang telah membatalkan hasrat pembunuhan UMNO – Zahid Hamidi [VIDEO]

Berita berkaitan: Apa sahaja usul demi memperkukuh UMNO akan diterima – Zahid Hamidi [VIDEO]

Author

Pilihan Editor