HomeSukanPiala AFF 2022: Aksi panas, Malaysia tersungkur di kaki Vietnam 0-3

Piala AFF 2022: Aksi panas, Malaysia tersungkur di kaki Vietnam 0-3

HARIMAU Malaya gagal meneruskan rentak kemenangan dalam kempen AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 apabila tewas 0-3 dengan Vietnam di Stadium Myn Dinh, Hanoi malam ini.

Jaringan Vietnam hadir pada minit ke-28 oleh Nguyen Tien Linh menerusi sepakan sudut. Vietnam bermain dengan 10 orang apabila penyerang mereka, Nguyen Van Taon selepas mengasari Dominic Tan.

Malaysia gagal menggunakan kelebihan yang dimiliki namum terus dihukum apabila pengadil dari Jepun, Ryuji Sato menghadiahkan penalti kepada Vietnam dan kad merah kepada pemain kebangsaan, Azam Azmi Murad. Jaringan dari sepakan penalti Vietnam itu disempurnakan oleh Que Ngoc Hai.

Skuad kendalian Park Hang Soa itu terus menambah derita Harimau Malaya dengan menambah jaringan pada minit ke-83 oleh Nguyen Hoang Duc hasil umpanan ayam tambatan Nguyen Quang Hai.

Perjuangan Harimau Malaya masih belum tamat, mereka akan bertemu Singapura pada 3 Januari nanti di Stadium Bukit Jalil.

Author

Pilihan Editor