HomeSukanPiala AFF 2022 : Malaysia, Vietnam bermula langkah kanan

Piala AFF 2022 : Malaysia, Vietnam bermula langkah kanan

HARIMAU Malaya memulakan kempen AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 dengan langkah kanan apabila menundukkan Myanmar satu gol kosong di Stadium Tuwanna, Yangon pada aksi kumpulan B, pada Rabu.

Skuad kendalian Kim Pan Gon (KPG) ini bermula agak perlahan pada babak separuh masa pertama.

Dengan beberapa pertukaran pemain dibuat oleh KPG di babak kedua membuahkan hasil apabila Faisal Halim berjaya menembus pertahanan Myanmar pada minit ke-52 hasil umpanan ketua pasukan, Safawi Rasid.

Jaringan tersebut merupakan jaringan keenam peribadi buat pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu sepanjang mewakili Harimau Malaya.

Peluang keemasan Myanmar hadir pada minit terakhir permainan apabila dihadiahkan sepakan penalti namun diselamatkan oleh Ahmad Syihan. 

https://twitter.com/affmecup/status/1605539365656047616?s=20&t=7NEfj4o6eZA7gQgGVP6L7g

Keputusan lain dalam kumpulan B ini menyaksikan Vietnam berpesta menundukkan Laos di Stadium KM16 dengan enam gol tanpa balas. 

Vietnam kini mendahului carta bagi kumpulan B selepas perlawanan pertama dengan kelebihan jaringan.

Perlawanan seterusnya Malaysia akan bertemu dengan Laos di Stadium Bukit Jalil pada 24 Disember ini. 

Author

Pilihan Editor