HomeSukanPiala Dunia: DBKL anjur 'big screen' tonton separuh akhir di Dataran Merdeka

Piala Dunia: DBKL anjur ‘big screen’ tonton separuh akhir di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Menjelang musim akhir Piala Dunia 2022, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengajak orang ramai untuk hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir antara empat negara di Dataran Merdeka.

Perlawanan separuh akhir kali ini akan menyaksikan Argentina menentang Croatia pada Rabu jam 3 pagi manakala Perancis akan berdepan dengan Morocco (Maghribi) pada Khamis jam 3 pagi waktu Malaysia.

“Perlawanan suku akhir baru melabuhkan tirai dan pelbagai kejutan telah terjadi, kini kehangatan perlawanan separuh akhir semakin dirasai.

“Jom warga kota kita penuhkan Dataran Merdeka untuk saksikan perlawanan separuh akhir secara langsung yang akan ditayang di big screen dan bersama-sama menjadi saksi untuk melihat pasukan yang akan mara ke perlawanan akhir.

“Jumpa di Dataran Merdeka nanti,” tulis DBKL menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, kemenangan Morroco menewaskan pasukan pilihan dari Eropah, Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama menjadi tumpuan dunia susulan pasukan itu mencipta sejarah menjadi negara Afrika pertama yang layak ke separuh akhir.

Begitu juga dengan Croatia yang dengan gah melakar kejutan apabila berjaya menyingkirkan calon juara, Brazil, di Stadium Education City pada perlawanan suku akhir.

Author

Pilihan Editor