HomeBeritaPos Malaysia tampil setem istimewa, kenang tiga tokoh cendekiawan Malaysia

Pos Malaysia tampil setem istimewa, kenang tiga tokoh cendekiawan Malaysia

CYBERJAYA: Pos Malaysia memperkenalkan setem khas bagi memperingati sumbangan tiga tokoh cendekiawan Malaysia iaitu Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz, mendiang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Rashdan Baba.

Menerusi hantaran di Facebook Pos Malaysia memaklumkan, penjualan setem istimewa itu bertemakan judul ‘Cendekiawan di Malaysia’.

“Dari perangkaan Rukun Negara, ke penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji serta penswastaan Syarikat Telekom Malaysia, sumbangan tiga tokoh cendekiawan ini kepada negara memang tidak dapat disangkal lagi.

“Sungguhpun mereka telah tiada, legasi mereka menjadi penyuluh kepada pembangunan negara dan minda masyarakat kita sehingga kini.

“Sebagai memperingati tokoh-tokoh cendekiawan hebat ini, Pos Malaysia telah mengeluarkan koleksi setem istimewa supaya legasi mereka ini tidak akan dilupakan,” katanya pada Khamis.

Tambah Pos Malaysia, orang ramai kini boleh mendapatkan koleksi setem istimewa itu secara set yang merangkumi satu rekabentuk helaian setem, satu sampul hari pertama dengan setem dan satu folder dengan harga RM61.10.

“Dapatkan koleksi terbaharu ini di pos.com.my/shop dan semua pejabat pos besar dan pejabat pos cawangan. Ia juga boleh didapati di biro-biro filateli,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor