HomeBeritaRakyat mengadu 'line' tak elok di Belaga, Fahmi Fadzil pantas cari solusi

Rakyat mengadu ‘line’ tak elok di Belaga, Fahmi Fadzil pantas cari solusi

CYBERJAYA: Masalah rangkaian telekomunikasi yang dialami penduduk di Belaga, Sarawak akhirnya menemui penyelesaian apabila Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil cakna dan bertindak pantas dalam menangani permasalahan.

Menurut Fahmi, perkhidmatan rangkaian di lokasi berkenaan dijangka kembali pulih hari ini.

“Saya telah berhubung dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk dapatkan maklumbalas, dan saya difahamkan ada masalah backhaul yang dikenal pasti Sacofa Sdn Bhd.

“Pihak Sacofa telah menghantar pasukan Operation & Management ke lokasi malam tadi juga dan kerja-kerja fibre splicing sedang dijalankan.

“InshaAllah perkhidmatan dijangka kembali pulih hari ini,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

Kenyataan balas itu dibuat susulan seorang pengguna Facebook yang dipercayai menetap di Belaga membuat aduan berhubung masalah rangkaian yang dialami di kawasannya.

Author

Pilihan Editor