HomeBeritaTak hadir ke Piala Dunia Big Screen, fokus isu bencana - Khairuddin...

Tak hadir ke Piala Dunia Big Screen, fokus isu bencana – Khairuddin Othman

BANGI: Program Piala Dunia 2022 Big Screen yang bakal diadakan esok malam tidak akan disertai pemimpin-pemimpin negeri dan Kerajaan Persekutuan berikutan isu bencana.

Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor, Khairuddin Othman berkata, walaupun ketika ini semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan namun kerajaan mahu memfokuskan isu ini.

“Saya sepatutnya bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk menonton Piala Dunia Big Screen menerusi program Lepak Santai Final Match Fifa World Cup 2022 di pusat bandar Puchong.

“Tetapi oleh kerana kejadian tanah runtuh berkenaan kami buat keputusan tidak sertainya.

“Kita tidak mahu dalam keadaan bencana, ada pesta bola, tak nak ada gambaran begitu,” katanya di Kejohanan Piala Budak Kampung siri ke-3, di daerah Hulu Langat, di pusat sukan Arena Owl Trafford di sini.

Khairuddin Othman sekitar Kejohanan Piala Budak Kampung Siri ke-3

 

Ia dinamakan Budak Kampung supaya tidak ada stigma, nak main bola sepak mesti profesional.

Sama ada memilki jersi atau tidak, dari kampung atau tidak, ada jurulatih atau tidak semua dijemput.

Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras itu mendekati pemain belia dan beramah mesra di program kejohanan dua hari bermula 17 Disember anjuran kerajaan negeri Selangor.

Seramai 200 pasukan menyertai kejohanan masing-masing 100 pasukan bola sepak, 60 pasukan bola takraw dan 40 pasukan bola jaring seluruh daerah Hulu Langat termasuk dari Sabak Bernam dan Meru merebut hadiah terkumpul sebanyak RM14,850.

Berbalik kepada isu bencana tanah runtuh, beliau berkata,  ia adalah bencana alam dan mewakili pihak kerajaan, bersimpati dengan mangsa dan keluarga.

“Saya turut menyertai gabungan Menteri Besar, PM, semalam kita sudah sediakan pasukan sukarelewan, cuma buat masa ini, bomba dan MKN tidak benarkan semua termasuk NGO masuk, keadaan sangat fragile.

“Keadaan masih ada pergerakan tanah dan masih hujan kita tunggu maklum balas bomba, ” katanya.

Tragedi tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm, Batang Kali, di sini awal pagi Jumaat mengakibatkan seramai 94 orang mangsa di mana 61 selamat manakala 21 telah disahkan meninggal dunia termasuk empat orang kanak-kanak.

 

Author

Pilihan Editor