HomeBeritaTPM seru semua gembleng tenaga bantu mangsa banjir

TPM seru semua gembleng tenaga bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi mesej hentikan perbezaan dan cari titik persamaan dalam membantu mangsa banjir di seluruh negara yang terjejas ketika ini.

Beliau mengajak semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga bersamanya membantu mangsa bencana yang berlaku di seluruh negara ketika ini.

Menerusi akaun Twitternya hari ini, beliau memohon semua pihak bekerjasama membantu mangsa banjir di seluruh negara dengan tanda pagar banjir 2022 dan pray4pantaitimur.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam hantaran sama, turut memuat naik video berdurasi 51 saat supaya mengenepikan sentimen ideologi politik masing-masing, sebaliknya membantunya menyelesaikan isu mangsa banjir.

“Saya minta parti politik, badan-badan NGO, tampil ke hadapan bersama saya untuk membantu rakyat yang terlibat (bencana).

“Kita cuba menghentikan perbedaan warna politik di kalangan kita, marilah kita sama-sama menyelesaikan masalah rakyat, mangsa-mangsa banjir di daerah ini di Perak, dan juga seluruh negara.

“Bantu saya, adalah membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir termenung yang disebabkan oleh hujan lebat, dan lain-lain faktor yang menyebabkan banjir seluruh negara,” katanya menerusi video itu.

Author

Pilihan Editor