HomeBeritaTragedi tanah runtuh: Dua mangsa meninggal dunia - JPBM Selangor

Tragedi tanah runtuh: Dua mangsa meninggal dunia – JPBM Selangor

GOHTONG JAYA: Setakat jam 7 pagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Genting Highland, Pahang.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Korporat JPBM, tiga orang mangsa cedera manakala 51 lagi masih tidak ditemui.

“Maklumat dikemas kini setakat jam 7 pagi tadi, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.

“23 orang dalam keadaan selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.

“Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART,” maklum JPBM pagi ini.

JPBM turut memaklumkan akan kekal mengemas kini maklumat semasa sehingga operasi pencarian selesai.

Terdahulu, JPBM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan kira-kira jam 2.24 pagi tadi.

Dillaporkan, kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran runtuhan seluas tiga ekar.

 

Author

Pilihan Editor