HomeBeritaZakat Selangor santuni 29 keluarga terlibat banjir di Sabak Bernam

Zakat Selangor santuni 29 keluarga terlibat banjir di Sabak Bernam

CYBERJAYA: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni 29 keluarga yang terkesan akibat banjir di Kampung Batu 38 Baroh, Sabak Bernam, hari ini.

Dalam kunjungan itu, LZS menerusi pasukan operasi agihan daerah Sabak Bernam hadir memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa.

“Hujan yang turun berterusan menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air banjir.

“Tiada pusat pemindahan dibuka dan penduduk yang terlibat hanya berlindung di rumah saudara mara dan dibahagian rumah yang tidak terkena air banjir.

“Hari ini kami hadir bersama-sama Penolong Amil Kariah menyantuni mereka yang terlibat dan menyerahkan bantuan barangan makanan kepada semua mangsa,” maklum LZS dalam hantaran di Facebook rasmi pada Rabu.

Dalam pada itu, LZS turut mengucapkan terima kasih kepada pengeluar zakat kerana menerusi kutipan berkenaan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Semoga mereka (mangsa banjir) semua tabah dengan dugaan dan ujian ini. Terima kasih kepada pengeluar zakat,” ucapnya.

Author

Pilihan Editor