HomeGaya HidupWanita kongsi idea 'deco' rumah flat gaya bajet dijamin selesa!

Wanita kongsi idea ‘deco’ rumah flat gaya bajet dijamin selesa!

CYBERJAYA: Mempunyai rumah idaman pastinya menjadi impian setiap keluarga.

Namun, untuk memilikinya bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu mengambil sedikit masa, lebih-lebih lagi buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Untuk mendiami rumah yang nyaman, faktor pemilikan rumah itu bukanlah suatu isu yang serius kerana sebilangan pihak akan beranggapan bahawa menginap di rumah yang kecil seperti flat pastinya memiliki ruang yang sempit dan merimaskan.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang netizen di Instagram, cukup membuktikan bahawa meskipun hanya menyewa di flat, jika kena pada cara dan gaya semestinya boleh bertukar menjadi selesa dan cantik.

Menurut seorang wanita dikenali Siti Sara, meskipun hanya tinggal di rumah sewa seperti flat yang cuma mempunyai dua bilik sudah cukup memadai buat sebuah keluarga kecil.

Katanya, faktor pemilihan konsep warna dan dekorasi rumah itu memainkan peranan penting dalam menjadikan rumah kelihatan luas dan tenang.

“Rasa luas bila padankan dengan warna putih. Perabot warna cerah dan sederhana.

“Bagi adik-adik yang baru nak berumah tangga, eloklah pilih konsep macam ni. Permulaan hidup berumah tangga ni keras dik. Banyak benda nak kena sediakan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Siti turut menasihati pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan supaya memberi keutamaan pada beberapa perkara penting dalam permulaan berumah tangga.

“Apa yang penting untuk permulaan, peti sejuk, rice cooker, dapur gas, alatan memasak yang basic seperti lesung, kuali, periuk, dan sebagainya.

“Pinggan mangkuk pun minimum dah cukup. Biasanya hadiah masa majlis perkahwinan dah dapat banyak benda-benda ni. Sterika, kipas, blender pun selalu dapat. Jadi beli benda-benda penting yang lain dahulu.

“Sewa rumah pun mula dari kecil atau sederhana. Bila dah stabil, dah yakin boleh grow, baru pindah ke rumah lebih besar atau lebih selesa,” ujarnya.

 

Author

Pilihan Editor