HomeNiagaJaga ejen agar tiada lambakan stok - Pengasas MMG

Jaga ejen agar tiada lambakan stok – Pengasas MMG

PUCHONG: Ramai pengasas produk yang mengejar kuantiti jumlah ejen di bawahnya namun stok tidak habis hingga tarikh luput.

Keadaan ini menyebabkan hanya pengasas sahaja yang raih keuntungan banyak, namun ejen pula menanggung kerugian apabila stok tidak terjual.

Belajar dari pengalaman ini, pengasas minyak urut moden pertama di Malaysia, MMG, Lily Abdul Wahab tidak berhasrat untuk menambah jumlah ejen, sebaliknya rasa tanggungjawabnya untuk memastikan pendapatan ejen bertambah.

“Sepanjang tujuh tahun minyak urut herba MMG berada di pasaran dengan rekod jualan tertinggi tahun lalu RM5 juta, saya lebih selesa untuk menjaga ejen-ejen sedia ada.

“MMG memiliki 2,000 ejen yang aktif termasuk dari Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Saya belajar dari kesilapan rakan-rakan founder lain yang kebanyakan stok banyak tidak dapat terjual di kalangan ejen, membuatkan saya tidak sampai hati jika berlaku pada ejen ejen MMG juga.

“Jadi biarlah tak tambah ejen, tetapi pendapatan ejen sedia ada bertambah, stok yang mereka ambil habis terjual, sebab kebanyakan mereka adalah surirumah.

“Saya seorang yang realistik, berpijak di bumi nyata, kualiti lebih penting dari kuantiti,” katanya pada Majlis Pelancaran Minyak Urut Moden MMG Eternity Lavender.

Ketua Pegawai Eksekutif MMG, Wan Ahmad Basheri turut hadir pada majlis berkenaan meraikan pencapaian ejen-ejen MMG.

Lily Abdul Wahab dan Wan Ahmad Basheri bersama minyak urut moden MMG Eternity berasaskan Lavender

Tambah Lily, minyak urut moden, MMG yang telah dimodenkan kerana teksturnya seperti losyen unik, tidak berminyak, mudah meresap sepantas 20 saat dan sangat wangi dengan ekstrak lavender, epal hijau,n timun bidara.

“Bukan mudah untuk produk berasaskan herba dapat kelulusan KKM dan NPRA namun MMG berjaya dapat kelulusan berkenaan kerana ramuan asli dan selamat.

“Bahan utama adalah minyak kayu putih, menthol crystal dan daun lidah budaya.

“Selain minyak MMG, kami juga ada bidara lemon sesuai untuk semua jenis kulit sebagai mandian pembasmi kuman yang memberi kesegaran dan kulit yang sihat kepada pemakainya, ” katanya.

 

Author

Pilihan Editor