HomeBeritaKadar inflasi Malaysia mereda kepada 3.8%, petanda baik - Rafizi

Kadar inflasi Malaysia mereda kepada 3.8%, petanda baik – Rafizi

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia semakin mereda kepada 3.8 peratus pada Disember 2022.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi pada Disember 2022 mereda kepada 3.8 peratus berbanding bulan yang sama tahun 2021.

Menurutnya, bagi keseluruhan tahun 2022, inflasi Malaysia adalah 3.3 peratus iaitu seperti yang diunjurkan oleh Kementerian Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2023.

“Memang 2023 diunjurkan akan melihat kenaikan harga yang lebih tinggi berbanding tahun yang sebelumnya, selalunya inflasi kita sekitar 2 peratus tahun 2022.

“Sekarang kita sudah ada angka Disember 2022, tahun 2022 inflasi Malaysia mencatat 3.3 peratus iaitu lebih tinggi berbanding dengan tahun 2021 yang sekitar 2 peratus.

“Dan kalau kita lihat dari segi pola kenaikan harga barang yang diukur dengan indeks harga pengguna (IHP) yang selalu dirujuk sebagai kadar inflasi.

“Julai 2022 sebanyak 4.4 peratus, kemudian ia terus meningkat, Ogos 2022 sebanyak 4.7 peratus, September 2022 sebanyak 4.5 peratus, Oktober 2022 sebanyak 4 peratus kemudian kekal pada 4 peratus untuk November 2022 dan bagi Disember 2022 semakin mereda kepada 3.8 peratus.

“Perbandingan bulan ke bulan menunjukkan inflasi bagi Disember 2022 mencatatkan peningkatan 0.2 peratus iaitu lebih rendah berbanding peningkatan dari Oktober ke November 2022 sebanyak 0.3 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Menara Prisma pada Rabu.

Jelasnya, ini satu petanda yang baik kerana maknanya negara sekarang beransur-ansur ke arah inflasi yang lebih normal seperti sebelumnya iaitu iaitu sekitar 2 peratus.

Tambahnya, semua komponen utama IHP yang selalu dirujuk sebagai kadar inflasi menyederhana kecuali komponen restoran, hotel dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api yang lain.

Author

Pilihan Editor