HomeNiagaKerana senggugut, kini jadi jutawan minyak urut

Kerana senggugut, kini jadi jutawan minyak urut

PUCHONG: Siapa sangka seorang srikandi tanah air mampu mencipta nama dalam dan luar negara menerusi pengeluaran produk minyak urut moden pertama di Malaysia, Marvelous Massage Gel (MMG).

Pengasas MMG, Lily Abdul Wahab menerusi syarikatnya, Mirath SW Sdn Bhd sudah mengeluarkan lima jenis produk penjagaan kesihatan luaran berasaskan bahan alami daripada herba dan air, dan masih bertahan sejak tujuh tahun lalu.

Lily berkata, disebabkan pengalaman lalu dirinya yang kerap mengalami senggugut yang sangat teruk selain banyak pengilang mengeluarkan minyak urut tradisional secara konvensional, beliau sendiri memilih untuk membuka perniagaan MMG dengan keunikan tersendiri, pada 2018.

Wanita itu berjaya membawa paradigma baharu melalui pengeluaran minyak urut moden, selain membantu golongan wanita bekerjaya yang mahukan perubahan lebih baik dalam aspek bau dan tekstur produk.

“Jika sebelum ini kebanyakan minyak urut agak berminyak dan melekit, selain baunya agak kurang menyenangkan dan melekat pada pakaian, lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya.

“Dengan MMG, kita mahu ‘educate’ (memberi kesedaran) yang produk berasaskan air ini bukan sahaja membantu dalam kesihatan luaran, ia juga tidak akan mengotorkan dan cepat kering,” katanya.

Pada majlis Pelancaran Minyak Urut Moden MMG Eternity Lavender di Espira Kinrara Resort

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Minyak Urut Moden MMG Eternity Lavender terbaharu bersama kira-kira 100 peniaga dan ejen termasuk dari Indonesia diraikan, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MMG, Wan Ahmad Basheri.

Sementara itu, Lily, yang dahulu bekerja di sektor awam berkata, bukan mudah bagi membuat pendaftaran produk kesihatan kerana standard prosedur yang ketat berbanding kosmetik.

“Bukan mudah untuk produk berasaskan herba dapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan) dan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) namun MMG berjaya dapat kelulusan berkenaan kerana ramuan asli dan selamat.

“Ia sesuai untuk membantu kegunaan luaran bagi semua peringkat masyarakat termasuk bayi, lelaki dan yang mempunyai ekzema,” katanya yang turut mempunyai kilang sendiri di Jitra, Kedah.

MMG adalah produk minyak urut losyen unik, tidak berminyak, mudah meresap sepantas 20 saat dan sangat wangi dengan ekstrak lavender, epal hijau dan timun bidara.

Bahan utama adalah minyak kayu putih, menthol crystal dan daun lidah budaya.

Selain minyak urut, MMG juga mengeluarkan produk mandian bidara lemon sesuai untuk semua jenis kulit sebagai mandian pembasmi kuman yang memberi kesegaran dan kulit yang sihat kepada pemakainya.

MMG kini memiliki 2,000 ejen aktif termasuk dari Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Rekod jualan secara fizikal atau ‘offline’ tahun lalu adalah RM5 juta dan sasaran tahun ini adalah RM7 juta.

Author

Pilihan Editor