KUALA LUMPUR: Lelaki mana yang sanggup melihat seorang isteri yang disayanginya terlihat dalam keadaan sakit, tidak boleh berjalan dan kulit melecur sehingga tertanggal.
Berita berkaitan: Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah
Melihat keadaan isteri, Dzulkhairi Harun, 50, berkata, ia dipercayai berpunca selepas pengambilan dos berlebihan bagi ubat darah tinggi berbanding sebelum ini.
Dzulkhairi berkongsi kronologi kejadian bermula pada 12 Disember apabila isterinya, Sinar Ramli datang temujanji di sebuah klinik swasta.
Doktor pada awalnya memberikan ubat darah tinggi (Acetan HCT 100/25mg) kerana tekanan darah masih tinggi, untuk bekalan selama tempoh tiga bulan.
Berita berkaitan: Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah
“Sejak mengambil ubat itu, isteri berasa pening dan nak pitam bila berdiri dan berjalan.
“Disebabkan ia berlarutan, isteri datang semula ke klinik berkenaan pada 25 Disember lalu memaklumkan simptom yang dialaminya apabila makan ubat tersebut (Acetan HCT 100/25mg).
“Selepas itu, doktor bekalkan ubat lain pula iaitu “Dynormin tablet 50mg”.
“Selepas makan ubat ini dalam tiga hari sahaja dan badan mula menjadi gatal-gatal, melecur dan susah untuk berjalan.
“Sehingga ada satu tahap, apabila saya angkat isteri, kulitnya tiba-tiba tertanggal. Luluh hati saya tengok keadaan dia ketika itu,” katanya kepada MEDIA VARIASI ketika membuat aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Berita berkaitan: Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah
Pada 27 Disember, dia sekeluarga membawa isterinya ke unit kecemasan hospital kerajaan pada jam 8.30 malam kerana keadaan semakin teruk.
Cerita Dzulkhairi lagi, pihak hospital telah membuat pemeriksaan menyeluruh dan keputusan menunjukkan semuanya normal dan dibenarkan pulang tanpa sebarang ubat.
“Bagaimanapun ketika itu seluruh badan isteri sudah menunjukkan tanda kegatalan dan dia tak larat untuk berjalan.
“Pada 28 Disember, isteri masih teruskan makan ubat darah tinggi tersebut. Selepas itu, muka dan bibirnya terus membengkak.
“Bengkak masih tak pulih malah semakin teruk dan kami membawanya ke Klinik Komuniti Impian Ehsan untuk periksa punca-puncanya pada 29 Disember.
Berita berkaitan: Penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah
“Mereka mengatakan ini adalah alahan ubat yang digunakan. Mereka memberikan ubat darah tinggi, alahan dan gatal-gatal.
“Pada 2 Januari, doktor mengesahkan isteri menghidap penyakit “Nekrolis Epidermal Toxic” atau Steven Johnson berpunca dari alergik ubat.
“Pada 6 Januari, doktor mendapati kesan alergik ubat ini menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, dan darah perlu ditukar selain tidak boleh makan minum, hilang ingatan dan kemampuan berjalan,” katanya.
Sehubungan itu, dia telah membuat satu laporan polis berhubung kecuaian doktor di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi pada Sabtu.