HomeBeritaLanggar pokok kelapa sawit, pemandu Myvi maut

Langgar pokok kelapa sawit, pemandu Myvi maut

BAHAU: Seorang lelaki maut akibat kereta Myvi yang dinaikinya terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Keratong – Bahau.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, JBPM Pahang dimaklumkan berhubung kejadian kemalangan tersebut pada jam 7.25 pagi pada Ahad.

Menurutnya, bantuan digerakkan ke lokasi kejadian dengan anggota seramai 15 orang serta satu jentera FRT dan satu jentera LFRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muafzam Shah dan BBP Seri Jempol.

“Menurut Pegawai Operasi, PBK II KUP Zahri Zainal, Pasukan Bomba daripada BBP Seri Jempol telah tiba terlebih dahulu di lokasi. Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berusia 22 tahun telah tersepit di dalam kereta Myvi tersebut.

“Anggota Bomba BBP Seri Jempol bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kemudiannya menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Author

Pilihan Editor