HomeMV+EksklusifMEDIA VARIASI, kembalinya wadah kewartawanan sebenar

MEDIA VARIASI, kembalinya wadah kewartawanan sebenar

SEPANJANG tahun 2022, portal berita atas talian MEDIA VARIASI yang berdaftar di bawah Jabatan Penerangan Malaysia tampil menyajikan berita-berita sensasi, laporan penyiasatan, bongkar selain berita viral.

Malah, berita-berita dari BERNAMA turut dilanggan bagi memastikan laporan berita terkini dapat dibaca oleh pembaca MEDIA VARIASI.

Antara isu sensasi yang mendapat ‘rating’ tinggi sehingga mencecah jutaan pembaca adalah isu bongkar rumah bentuk kuil cetus kebimbangan awam, isu Madrasah ala militan, isu pelajar PHD yang dibuang Universiti Malaya (UM) dimana hasil kerjanya diambil serta kisah pengalaman Emilia Hanafi dipenjarakan kerana kesalahan syariah menukar ganti tarikh lawatan.

Laporan eksklusif pertama di MEDIA VARIASI, rumah bentuk kuil cetus kebimbangan jiran

 

Pendedahan madrasah ala militan yang mendapat sambutan hangat

Pengalaman Emilia Hanafi dipenjara
Belle, gadis DID yang bertukar personaliti secara frekuensi menjadi lelaki
Calon PhD yang mendakwa dibuang dan data kajian dicuri

Isu Sindiket tunda kereta bermaharajalela di MAHA 2022? isu Tanah Melayu harga 99 sen, toyol tanah Yap Kwan Seng, pengalaman gadis DID bertukar 30 personaliti secara frekuensi, penderita kesan vaksin meninggal ketika baca surah Al Baqarah dan banyak lagi laporan sensasi, berani dan berbeza di Media Variasi sepanjang tahun 2022.

Pewaris tanah Jalan Yap Kwan Seng
Temubual eksklusif anak Melayu tanpa MyKad bimbang masa depannya terjejas

Kesemua laporan ini didedahkan sejajar dengan objektif utama MEDIA VARIASI dalam memastikan pembaca mendapat informasi eksklusif, berbeza, serta mahu mengetengahkan suara rakyat yang tidak didengari tanpa membezakan warna kulit dan ideologi mereka.

Semua laporan dihasilkan oleh wartawan berpengalaman lebih 15 tahun di media arus perdana, bersandarkan sumber sahih, bukti keterangan dan laporan telus demi kepentingan awam.

MEDIA VARIASI merupakan platform yang berfungsi sebagai wadah pencetus minda rakyat dan memimpin berita kepada media arus perdana mahupun mainstream.

Berita-berita sensasi ini turut mendapat maklum balas orang ramai, golongan akademik, menteri yang bertanggungjawab serta diulang siar oleh media mainstream.

Sebagai contoh, laporan bersiri Madrasah ala militan iaitu kisah sebuah rumah pemulihan tidak berdaftar yang melakukan kurungan secara salah, pemulihan dengan kaedah mendera, telah mendapat maklum balas semua agensi seperti Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia, Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan dan tiga peguam pemerhati.

Isu sindiket tunda kereta di MAHA 2022 mendapat perhatian Menteri Pertanian dan Asas Tani yang kemudian mengarahkan kegiatan itu dihentikan serta merta.

Begitu juga dengan laporan berkaitan Emilia Hanafi dan pelajar PHD dibuang UM yang turut mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah, sehingga ke luar negara.

Meskipun MEDIA VARIASI masih baharu, namun tidak dapat disangkalkan bahawa portal ini  digeruni sebilangan pihak yang tidak jujur dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Kegusaran itu turut mencetus ugutan saman buat MEDIA VARIASI namun, itu tidaklah mengentarkan MEDIA VARIASI untuk terus berbakti.

Laporan berfakta dan berkualiti serta yang tidak berani dilaporkan di media arus perdana merupakan kekuatan MEDIA VARIASI.

Ini membuktikan laporan bongkar MEDIA VARIASI bukan sahaja menulis isu kepentingan awam tetapi merungkai sehingga kebanyakan isu hampir selesai dengan baik tanpa implikasi undang-undang.

Justeru, MEDIA VARIASI akan terus  membongkar dan melaporkan berita benar kepada rakyat bagi tahun 2023 dan seterusnya.

Author

Pilihan Editor