HomeBeritaPelajar IPT kantoi ‘merenyam’ dalam hotel di Terengganu

Pelajar IPT kantoi ‘merenyam’ dalam hotel di Terengganu

 

KUALA TERENGGANU: Sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) ditahan dalam operasi pencegahan maksiat sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di sebuah hotel disini, baru-baru ini.

Ketika operasi, pasangan kekasih itu memberi alasan mahu berehat bagi melepaskan penat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, pelajar IPTS itu berasal dari Terengganu.
Menurutnya, dalam operasi sama di hotel berkenaan, pihaknya turut menahan sepasang lagi kekasih yang merupakan pelancong dari luar yang datang bercuti ke negeri berkenaan.

Katanya, operasi dijalankan oleh 25 anggota Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT dan Unit Penguatkuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di hotel dan kawasan sekitar daerah tersebut bermula jam 12.30 malam pada Jumaat lalu.

Tambah beliau, empat individu itu kemudian ditahan di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.

Jelasnya, jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Lelaki dan wanita yang berada bersama seorang atau lebih dari seorang berlainan jantina yang bukan mahram di tempat terlindung, dalam rumah atau bilik dalam keadaan boleh menimbulkan syak adalah satu kesalahan.

“Oleh itu, operasi sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang gejala maksiat dan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan masyarakat negeri ini,” ujarnya seperti dilapor Sinar Harian.

Author

Pilihan Editor