HomePendidikanPelajar ponteng, guru perlu turun padang - Pengetua SMK Kota Kemuning

Pelajar ponteng, guru perlu turun padang – Pengetua SMK Kota Kemuning

SUBANG JAYA: Antara cabaran pasca pandemik adalah segelintir pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sudah selesa berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Mohd Fauzi Zailan mencadangkan agar guru turun padang bertanya khabar keadaan pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

“Ada yang tidak hadir kerana sudah selesa dengan mengikuti pembelajaran dari rumah yang dilaksanakan ketika PKP.

“Ada juga yang tidak hadir kerana membantu keluarga yang terkesan ekonomi mereka selepas PKP.

“Sehubungan itu, guru-guru perlu mengambil inisiatif menggunakan cara ‘personal touch’ berkunjung ke rumah pelajar untuk bertanya khabar dan menasihati mereka agar tidak tercicir ke sekolah.

“Istilah guru turun padang menunjukkan kecaknaan guru dalam memberi kesedaran betapa pentingnya hadir ke sekolah agar boleh dibantu oleh guru-guru menjawab soalan dengan teknik yang betul.

“Besarlah harapan guru-guru agar pelajar sedia menyambut bantuan dan bimbingan yang diberikan, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Syed Nasir menerima cenderahati pada Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Kota Kemuning di Hotel Summit USJ, Subang Jaya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaikan sijil kepada 489 calon Sijil Pelajaran Malaysia di Majlis Graduasi ala ‘universiti’ di Hotel Summit, USJ hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Lautan Variasi, Datuk Syed Nasir Hussin Syed Peer.

Turut hadir, Rajan a/l Apavoo, wakil PIBG SMK Kota Kemuning.

Dalam pada itu Mohd Fauzi turut minta guru-guru kelas membuat kumpulan aplikasi Whatsapp bersama pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka.

“Rapatkan hubungan untuk menyelami masalah mereka tetapi dalam masa sama kita nasihat untuk hadir ke sekolah agar lulus peperiksaan,” katanya.

Untuk rekod, PdPR bertujuan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan, dilaksanakan pada 2021.

Author

Pilihan Editor