HomeBeritaPPIM, NGO perubatan tolak dos penggalak

PPIM, NGO perubatan tolak dos penggalak

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Kemajuan Perubatan Functional dan Antara Disiplin Malaysia (MAAFIM) tidak bersetuju dengan langkah kerajaan supaya rakyat dapatkan sekali lagi suntikan dos penggalak.

Gesaan itu berikutan penularan varian BF 7 yang dikatakan berlaku di China.

Konsultan Histopathologist & Statistician (GStat), Dr Manimalar Selvi berkata, pihaknya melihat sendiri kesan dan penderitaan dialami penerima dos penggalak berkenaan.

“Kami ingin menyatakan bahawa kami tidak bersetuju dengan langkah kerajaan menggesa rakyat mendapatkan suntikan booster akibat daripada penularan varian BF 7 yang dikatakan berlaku di China.

“Kami sebagai para doktor, seperti mana kebanyakan rakyat dapat melihat sendiri penderitaan dan kematian yang meningkat berikutan pemberian booster pertama, yang mana kejadian kemerosotan kesihatan lebih ketara berbanding selepas fasa vaksinasi dos kedua.

“Doktor-doktor dan rakyat menyaksikan trend ini, namun belum berlaku analisis yang tuntas.

“Salah satu kajian dalam talian yang pihak kami jalankan mendapati bahawa setakat 9 November 2022, daripada 2,753 aduan yang diterima, terdapat 123 kematian (4.46%) . Hanya 167 aduan dilaporkan kepada NPRA Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
(6%).

“Ini menunjukkan berlakunya under-reporting oleh NPRA, ” katanya pada sidang media di PPIM di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Perunding Endokrinologi, Dr Norshinah Kamarudin dan peguam, Rizal Abdullah.

Tambah Dr Manimalar, banyak kes Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) Vaksin COVID-19 tidak dilaporkan kerana pelaporan AEFI vaksin COVID-19 tidak dimandatorikan oleh kerajaan Malaysia.

“Sudah tentu terdapat jurang yang besar antara AEFI yang benar-benar berlaku dengan angka rasmi yang dilaporkan.

“Faktor kedua kami menolak kewajaran booster adalah fakta bahawa dua dos primary tidak berjaya menghentikan wabak sepertimana yang dijanjikan awalnya oleh Ketua Pengarah Kesihatan, sehingga tiba-tiba rakyat digesa pula mengambil booster pertama.

“Ia berlaku kerana KKM terima saranan WHO dan telah menolak pandangan pakar-pakar tempatan yang tidak berkepentingan,” katanya.

Katanya lagi, faktor ketiga booster tidak wajar adalah kerana vaksin COVID-19 sudah termaktub tidak mampu menghalang jangkitan dan penularan.

“Jangkaan ia menghalang gejala teruk dan kematian tidak berlaku secara universal dan perlindungan tersebut, sekalipun mungkin ada, hanyalah untuk tempoh yang pendek.

“Vaksin yang digunakan untuk booster adalah dari strain asal iaitu strain Wuhan sedangkan varian yang berlegar sekarang adalah berbeza sama sekali yang telah bermutasi puluhan kali.

“Beberapa kajian yang telah terbit memberi indikasi bahawa vaksin itu sendiri mendorong penghasilan varian-varian baharu.

“Bivalent vaksin pula adalah vaksin yang telah diluluskan oleh FDA berdasarkan kajian ke atas 8 ekor tikus, tanpa melalui kajian klinikal.

“Kajian terbaru dari New Cleveland Clinic yang melibatkan lebih 51,000 petugas, melaporkan dapatan yang di luar jangkaan iaitu risiko dijangkiti Covid semakin meningkat dengan bertambahnya bilangan vaksin yang telah diambil,” jelasnya .

 

Author

Pilihan Editor