HomeGaya HidupSanggup berhabis lebih RM100,000 demi penuhi impian jadi serigala

Sanggup berhabis lebih RM100,000 demi penuhi impian jadi serigala

DEMI impian menyerupai seekor serigala, seorang lelaki sanggup berbelanja hampir $23,000 (RM100,533) untuk mencipta sepasang sut serigala berkenaan.

Sut serigala yang kelihatan realistik itu berjaya dicipta oleh sebuah syarikat pemodelan khas Jepun, Zeppet.

Menurut lelaki terbabit, Zeppet mengambil masa hampir 50 hari untuk menyiapkan kostum berkenaan.

“Oleh kerana saya amat suka dengan haiwan sejak kecil lagi dan melihat beberapa sui haiwan realistik muncul di televisyen, saya mula memasang impian untuk menjadi salah satu daripadanya suatu hari nanti.

“Ketika waktu terakhir sesi fitting dijalankan, saya berasa kagum melihat perubahan diri saya di cermin (memakai kostum serigala).

“Ini merupakan saat indah kerana impian saya akhirnya menjadi kenyataan. Sut yang dihasilkan benar-benar seperti yang saya bayangkan selama ini,” katanya, lapor Yahoo News pada Rabu.

Malah, lelaki berkenaan turut memuji hasil usaha syarikat Zeppet kerana berjaya menghasilkan kostum serigala yang kelihatan seakan benar-benar hidup.

Foto: Zeppet

Sementara itu, Zeppet yang merupakan salah satu syarikat pakar mencipta figura dan kostum untuk kegunaan filem dan iklan televisyen menyatakan, pihaknya sentiasa membuat kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu produk.

Bagi mendapatkan kostum yang realistik, Zeppet mengkaji imej serigala sebenar bagi memastikan segala butiran terperinci dimasukkan dalam sut pelanggan mereka.

“Kami mencipta sut serigala ini atas tujuan pesanan peribadi pelanggan dan hasilnya benar-benar memberi impak visual yang realistik,” maklum jurucakap syarikat Zeppet.

Foto: Zeppet

Author

Pilihan Editor