HomeSukanTerengganu FC 'ciplak' rekaan jersi terburuk AC Milan?

Terengganu FC ‘ciplak’ rekaan jersi terburuk AC Milan?

TERENGGANU FC menjadi buah mulut para peminat bola sepak apabila melancarkan jersi pra-musim 2023 mereka yang menyerupai jersi keluaran khas Puma x Nemen untuk pasukan AC Milan pada musim lepas. 

https://twitter.com/FCTerengganu/status/1616855625060974592

Milan telah terlibat dalam salah satu kerjasama jersi yang paling teruk untuk diterima pada musim tahun lalu apabila Puma bekerjasama dengan jenama fesyen Nemen untuk penampilan yang unik dan tidak dijangka.

Walaupun rekaan jersi tersebut tidak digemari ramai, namun, Terengganu FC baru-baru ini melancarkan jersi pra-musim dengan reka bentuk yang hampir sama, menukar hanya jalur merah dengan turquoise.

Jersi pra-musim keluaran Umbro untuk pasukan Terengganu FC 2023 mempunyai jalur biru dan hitam di bahagian tengah baju, manakala bahagian atas dan bawah berwarna putih.

Sempadan antara bahagian berwarna dan putih memberikan rupa bahawa jersi berjalur telah dicat. Seluar pendek dan stokin putih menyerlahkan penampilan seragam pra-musim Terengganu FC yang baharu oleh Umbro.

Foto: Terengganu FC

Selain daripada rekaan yang hampir sama dengan AC Milan, rekaan nombor pada belakang jersey ini turut sama dengan rekaan nombor pasukan Chelsea dari musim 19-20 dengan hanya logo pada nombor ditukarkan. 

Perbezaan rekaan nombor di belakang jersi

Terengganu FC nampaknya sedang memerhatikan kelab-kelab Milan. Tahun lepas jersey penjaga gol mereka mengambil warna cerah dari jersey pasukan Inter Milan tetapi dengan corak yang berbeza.

Author

Pilihan Editor