HomeNiagaAngkasa intai peluang perniagaan berasaskan teknologi, digitalisasi

Angkasa intai peluang perniagaan berasaskan teknologi, digitalisasi

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mahu menerokai lebih banyak peluang dalam pasaran teknologi dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan.

Usaha itu juga sejajar dengan saranan kerajaan supaya mahu koperasi beralih daripada perniagaan konvensional kepada pasaran berkenaan ketika ini.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Dr Rahman Shaik berkata, melihat peluang itu berdasarkan perspektif koperasi, Angkasa sedang mengintai lagi pasaran perniagaan digital berikutan pihaknya sudah pun melaksanakan beberapa program berkaitan dengan kerjasama beberapa pihak.

“Dari segi perspektif koperasi, kita boleh teroka pasaran (perniagaan digital), sebab tidak boleh bergantung kepada aspek sedia ada seperti Shopee.

“Walaupun Angkasa setakat koperasi baharu, tetapi kita beri perkhidmatan percuma untuk membuka ‘website’ berserta ‘domain’. Kita ada juga program website lain dengan perniagaan media sosial, setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat penajaan KOPERAT di Menara KH, di sini.

Turut hadir, penasihat Akademi BBC, Datuk Dr Ramalan Yunus; Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings, Lokman Hakim Pfordten; wakil Persatuan Pengguna Islam malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi serta dua pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Rahman berkata, ketika ini gabungan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkasa, membantu kerajaan memacu usaha melaksanakan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2021-2025 untuk gerakan koperasi pada tahun ini.

“Pelan jangka panjang itu menggariskan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan koperasi dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi.

“Jadi, saya.menyarankan di peringkat awal memulakan perniagaan digital, ambillah kesempatan untuk mendapatkan kemudahan dan saya berharap koperasi berdaftar dengan Angkasa untuk membangunkan perniagaan alaf baharu lebih baik,” katanya.

Difahamkan, Angkasa mempunyai lebih 10,500 ahli membabitkan 14,910 koperasi, setakat ini.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick pemasaran melalui platform digital dan pembayaran secara dalam talian kini menjadi norma baharu dan amat penting dalam perniagaan.

Sehubungan itu katanya, koperasi perlu mempelajari selok belok menggunakan platform digital untuk memperluas skop perniagaan.

Author

Pilihan Editor