HomeBeritaBabyPian bantu mangsa keganasan rumah tangga

BabyPian bantu mangsa keganasan rumah tangga

PUTRAJAYA: Eshan Nufail, kanak-kanak yang berusia setahun lebih, kelihatan ingin bermain dengan ibunya yang masih kaku menjentik emosi pengguna laman sosial hingga menjadi tular.

Video adik Eshan itu dikongsi ibu saudaranya, Fauziah Nordin di media sosial Tiktok miliknya @ziahzara_15.

Ibunya pula, Jahidah Nordin, 43, adalah mangsa keganasan rumah tangga, yang sudah lebih setahun masih terlantar di atas katil selepas mengalami detik hitam dalam hidupnya sehingga koma.

Wanita itu didakwa dipukul suami ketika sedang mengandung pada Mei tahun 2021.

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga itu, penyanyi terkenal Sufian Suhaimi menerusi syarikatnya BabyPian memberi sumbangan dengan nama Tabung Kasih.

Ia adalah selaras dengan perlancaran produk terbarunya iaitu Kasih Pillow.

Sufian, 30, berkata, sumbangan ini disalurkan kepada anak mangsa bagi tujuan tabung pendidikan.

“Inisiatif dibuat bukan sekadar sumbangan tetapi ianya lebih kepada ingin memberi
kesedaran kepada orang ramai mengenai keganasan rumah tangga, dan membantu para wanita (terutamanya golongan suri rumah) untuk bangkit dan mencari rezeki bersama platform BabyPian.

“Sumbangan dibuat juga bagi membina kesedaran berkenaan isu keganasan rumah tangga, melindungi wanita dan sebagainya.

“Bila sebut isu keganasan rumah tangga, saya sebagai lelaki rasa geram dan marah kenapa sanggup sakitkan wanita yang melahirkan zuriat, wanita yang dipilih untuk hidup bersama.

“Saya berharap lelaki perlu mengawal diri, dapatkan bantuan dan jangan lepaskan kemarahan kepada keluarga, ” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Tabung Kasih kepada waris mangsa keganasan rumah tangga sehingga koma, Jahidah Nordin yang digerakkan oleh penyanyi, Sufian Suhaimi melalui jenama, BabyPian.

Pada majlis sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu; pengasas bersama, Farah Yusoff dan Kumpulan Inteam.

Mengulas lanjut, Sufian berkata, adalah sangat penting bagi seseorang wanita untuk berdikari dan mempunyai sumber pendapatan sendiri.

Produk BabyPian telah terbukti membantu pendidikan awal kanak kanak dan mendapat tempat pertama di hati ibu bapa di Malaysia.

Oleh itu, dengan perlancaran Kasih Pillow, BabyPian membuka peluang bagi mereka yang ingin menambah pendapatan dan mengubah nasib hidup.

Menariknya, Kasih Pillow dilengkapi dengan zikir, selawat dan lagu nasyid dari Kumpulan Inteam.

“Sebagai peminat Inteam dari sekolah rendah lagi, Inteam memang banyak bawa lagu yang bertemakan kasih.

“Disebabkan itu, kami namakan produk ini Kasih Pillow. Selain itu, kami masukkan beberapa lagu Inteam dalam bantal ini. Untuk mengangkat cerita kasih, BabyPian mahu membawa tema kekeluargaan untuk projek kali ini,” katanya.

Author

Pilihan Editor