HomeBeritaMahkamah & JenayahDBKL tahan 36 pelayan seks, pecahkan 54 bilik di Jalan Petaling

DBKL tahan 36 pelayan seks, pecahkan 54 bilik di Jalan Petaling

CYBERJAYA: Seramai 36 wanita warga asing yang bekerja selaku pelayan seks ditahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam serbuan di sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Menurut DBKL, serbuan Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Pelacuran) Siri 1/2023 itu dijalankan menerusi Jabatan Penguatkuasaan selepas mengenal pasti premis-premis yang dijadikan sebagai pusat pelacuran dan pengaturan tindakan penguatkuasaan sedang giat dilaksanakan secara berperingkat.

“Dalam operasi tindakan khas ini, sejumlah empat buah premis telah diserbu pihak penguatkuasa DBKL serta menahan sementara 36 orang wanita warga negara asing terdiri daripada (26)warga Indonesia, (5) warga Bangladesh, (2) warga India, (1) warga Sri Lanka dan (1) warga China disyaki sebagai pelayan seks. Turut diperiksa 11 orang lelaki warga tempatan dan warga asing dipercayai sebagai pelanggan yang hadir ke premis semasa serbuan dijalankan.

“Empat buah premis ini dikenakan tindakan penutupan serta merta (sealed) dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan 4 notis kompaun dibawah UUK 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 – Menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan tanpa kebenaran/lesen pihak DBKL,” maklum DBKL.

Dalam serbuan sama, DBKL turut memecahkan 54 sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan.

“Sebanyak 155 pelbagai barang telah disita antaranya kondom, gel pelincir, tisu basah dan kamera litar tertutup (CCTV).

“Barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan DBKL untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor