HomeBeritaIbarat durian runtuh! Pemancing cari udang dapat pari gergasi 10kg

Ibarat durian runtuh! Pemancing cari udang dapat pari gergasi 10kg

TEMERLOH: Rezeki seorang pemancing apabila kailnya dimakan ikan pari bersaiz besar seberat 10.8 kilogram di Sungai Pahang.

Muhamad Kuhari Ahmad, 51, merupakan seorang peman­cing yang kerap turun ke sungai tersebut bagi memburu ‘jenggo’ atau udang galah bersaiz besar namun, rezekinya kali ini dilihat lebih lumayan.

Menurut, Muhamad Kuhari, dia hanya menggunakan ‘set pancing udang’ berserta kekili berharga RM50 selain joran berharga RM30 sahaja.

Katanya, dia yang meman­cing seorang diri dengan menyewa kemudahan Salleh Rakit Temerloh di Kampung Pangsenam juga terpaksa mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk ‘menewaskan’ ikan pari ber­kenaan.

“Saya berasa terkejut apabila joran ditarik begitu kuat dan saya berhati-hati takut terlepas kerana hanya menggunakan tali perambut halus dan mata kail udang.

“Saya hanya mengikut tarikan itu sehingga membawa ke tebing sungai. Sebaik ter­nampak kelibat pari, saya terus terjun ke sungai dan memukul ikan dengan pendayung sebelum membawanya naik ke atas bot,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Author

Pilihan Editor