HomeSukanLuqman Hakim sertai kelab Iceland, Njarðvík FC

Luqman Hakim sertai kelab Iceland, Njarðvík FC

PEMAIN muda negara, Luqman Hakim Samsudin,23, kini sah menyertai kelab Liga Iceland, Njarðvík FC secara pinjaman selama setahun. 

Pengumuman itu dibuat di laman sosial rasmi kelab Njarðvík itu, dengan berkata “Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.

“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior.

“Pemain berusia 20 tahun itu termasuk dalam senarai 60 pemain muda berpotensi pada 2019. Beliau menyertai Kortrijk pada 2020 dan sejak itu telah membuat dua penampilan bersama skuad senior. Selain itu, beliau juga beraksi bersama skuad B-21 Tahun kelab.

“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman”.

Memetik laporan Vocket FC, Luqman pernah diturunkan dalam beberapa perlawanan membabitkan pasukan utama KV Kortrijk pada musim ini. Antaranya, bertemu dengan OH Lueven pada aksi peringkat 16 pasukan terakhir Piala Belgium.

 

Author

Pilihan Editor