HomeBeritaMahkamah & JenayahMahkamah tegur 'posting' ganggu prosiding

Mahkamah tegur ‘posting’ ganggu prosiding

KUALA LUMPUR: Peraturan mahkamah terbuka menetapkan rakaman sama ada audio atau visual termasuk fotografi tidak dibenarkan.

Mahkamah Majistret, di sini hari ini memberi amaran kepada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan kes supaya mengingatkan anak guam masing-masing tidak memuat naik sebarang hantaran di dalam media sosial yang melibatkan proses mahkamah.

Majistret Nadia Othman, mengeluarkan arahan itu selepas mendapati pihak OKT telah memuat naik hantaran yang disifatkan mengganggu mahkamah.

Ia disemak dan disiasat oleh pihak jurubahasa selepas pihak pendakwaan menekankan keputusan proses mahkamah hari ini telah diganggu dengan beberapa hantaran dimuat naik di media sosial OKT (orang kena tuduh) dalam kes kepada majistret, yang masih belum diturunkan, setakat petang ini.

Jurubahasa ketika itu diminta oleh majistret untuk menyemak hantaran dibuat oleh OKT di pihak pembelaan.

Arahan keras itu dikeluarkan selepas selesai sebahagian hujahan dikemukakan oleh DPP dan ditangguhkan kira-kira 30 minit, pada prosiding sebelah petang.

Perbuatan OKT yang memuat naik hantaran berkaitan mahkamah termasuk maklumat tarikh prosiding dan gambar di dalam tandas berserta muzik latar dengan tajuk lagu Toilet nyanyian Henric Varghes, seolah-oleh tidak menghormati sistem mahkamah.

Tindakan seumpamanya bukan sahaja boleh disifatkan subjudis bahkan boleh disabit ‘contempt of court’ atau menghina mahkamah.

Merujuk kepada kes-kes berprofil tinggi terdahulu dalam negara ini berserta amalan mahkamah, mana-mana pihak tidak sepatutnya menyiarkan kenyataan yang boleh memberi imej kurang baik ke atas mahkamah, yang boleh mengganggu kelancaran kes.

Prosiding hari ini dikendalikan oleh, oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria dan juga Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala pihak defendan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin diwakili peguambela, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Untuk rekod, SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian adalah isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Author

Pilihan Editor