HomeBeritaMenu Rahmah tiru Menu Bajet bukan isu - Salahuddin

Menu Rahmah tiru Menu Bajet bukan isu – Salahuddin

KUALA LUMPUR: Dakwaan inisiatif Menu Rahmah tiru konsep Menu Bajet yang diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan satu isu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia adalah satu usaha untuk membantu rakyat dan mana-mana pihak boleh menggunakan inisiatif tersebut dengan nama yang berbeza.

“Saya tidak menafikan usaha yang telah dilakukan. Baik tetap baik. Saya hanya meneruskan kerja yang baik. Itu tiada masalah. Kami tidak pernah cemburu.

“Walaupun mungkin ada selepas ini orang yang mengambil inisiatif dan tidak menamakannya sebagai Rahmah, tidak mengapa.

“Asalkan perut orang kenyang. Itu hasrat kami daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita semasa Jelajah Menu Rahmah di Restoran Nasi Kandar Stadium di sini pada Isnin.

Jelajah itu turut disertai oleh timbalannya, Senator Fuziah Salleh.

Beliau menambah, pihak kementerian tidak meletakkan sebarang tempoh masa kepada mana-mana pengusaha restoran atau industri untuk melaksanakan hidangan Menu Rahmah.

Author

Pilihan Editor