HomeBeritaMahkamah & JenayahSuami Miera Leyana sekat Whatsapp isteri pertama lebih setahun

Suami Miera Leyana sekat Whatsapp isteri pertama lebih setahun

PUTRAJAYA: Rupa-rupanya bukan Syamsul Yusof seorang yang menyekat  Whatsapp isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana sebelum mengumumkan perkahwinan kedua dengan Ira Kazar.

Malah perbuatan sama turut dilakukan oleh suami pelakon Miera Leyana Kasmi terhadap isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib sejak September 2021.

Lebih setahun Ketua Pegawai Eksekutif  SCIB, Rosland Othman menyekat talian dan tidak pulang ke rumah untuk bersama lima anak perempuannya hasil perkongsian hidup dengan Adibah.

Rosland telah berkahwin dengan Miera Leyana pada 2020, dipercayai culas dalam pemberian nafkah kepada anak-anak sejak pertengahan 2021.

Beliau juga adalah bekas Timbalan  Presiden Kanan syarikat Serba Dinamik.

Beliau telah memfailkan kes nusyuz isteri pertamanya dan kes berkenaan sedang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Jalan Sri Hartamas.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perbicaraan nusyuz pasangan berkenaan pada 31 Januari lalu, peguam pemerhati yang mewakili isteri pertama, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, lelaki itu diperintahkan membayar kos RM500 kepada peguam dan isterinya.

“Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terkemuka negara itu diperintahkan membayar kos RM500 itu kerana gagal hadir pada sesi prosiding syariah pada pagi 31 Januari lalu.

“Hakim membuat keputusan kerana tarikh prosiding telah ditetapkan sejak pada bulan November tahun lalu (dan telah dipersetujui semua pihak).

“Justeru sepatutnya beliau tidak boleh memberi alasan sibuk dengan tugasan syarikat sehingga tidak hadir ke mahkamah.

“Jumlah perintah RM500 itu mungkin tidak besar bagi sesetengah pihak, namun cukup bermakna sebagai ‘kejayaan moral’ kerana ia boleh ditafsirkan sebagai tanda amaran supaya tidak membazirkan masa mahkamah,” katanya.

Peguam pemerhati, Datuk Khairul Anwar Rahmat

Dalam pada itu, beliau berharap keputusan ini dapat diikuti oleh hakim-hakim lain, termasuk di mahkamah sivil atau jenayah untuk mengelakkan mana-mana pihak mencari helah bagi tujuan membantutkan proses kelancaran mahkamah.

Dalam hal ini, peguam berhujah berdasarkan Seksyen 244 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah menggariskan dengan jelas bahawa Mahkamah berkuasa untuk menetapkan apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketidakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses Mahkamah.

Author

Pilihan Editor