HomeBeritaMahkamah & JenayahTiada jenayah 'dihalalkan' walaupun dipayungi NGO - PERMAS WP

Tiada jenayah ‘dihalalkan’ walaupun dipayungi NGO – PERMAS WP

KUALA LUMPUR: Sebilangan pihak beranggapan mereka boleh memiliki kuasa, kekebalan undang-undang untuk ‘menghalalkan’ jenayah menggunakan platform Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, tanggapan ini salah kerana baru-baru ini ada individu yang tetap diheret ke muka pengadilan meskipun nama individu terbabit besar dalam NGO dan politik.

Dengan kata lain, tiada siapa yang kebal di sisi undang-undang negara.

Pengerusi PERMAS Wilayah Persekutuan, Nata Ahmad berkata, pihak berkuasa berhak menahan mana-mana individu jika terbabit dalam salah laku jenayah.

“Mengambil pepatah Melayu, ibarat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

“Pada saya, tak ada siapa kebal daripada undang-undang, semua tak dikecualikan daripada undang-undang.

“Pada mereka yang pergunakan platform untuk kesenangan diri, dia rasa dia bagus, kebal ke baik ke, tak boleh usik ke, saya rasa dia tak lama (kebal undang-undang).

“Lambat atau cepat (dikenakan tindakan). Mungkin tak kena tahun ini, tahun depan, tapi dia mesti kena, tetap akan ada satu ruang dia kena,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesyuarat Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda (PERMAS) Wilayah Persekutuan & Putrajaya, di Hotel Adamson, di sini.

Turut hadir, tetamu jemputan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Presiden PERMAS, Datuk Ismail Awang, Timbalan Pengerusi PERMAS Wilayah Persekutuan, Datuk Alamin Azwar; dan Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi), Presiden Srikandi, Datuk Norashikin Abd Ghani.

Nata yang baru menerima lantikan Pengerusi PERMAS Wilayah Persekutuan berkata, PERMAS sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa seandainya ada kes siasatan polis melibatkan ahli.

Malah, jelasnya, PERMAS sebagai NGO yang peka dengan isu masyarakat, nasib anak bangsa, membantu menangani kes penganiayaan dan penindasan.

“Kita pun perlu pandai menilai baik buruk, kita tak menyokong benda tak elok.

“Andai ahli buat perkara negatif, kita tak kompromi.

“Kalau nak jadi samseng, tak semestinya kena jadi ayahanda dan tidak semestinya yang bergelar ayahanda ini adalah samseng, gelaran ayahanda sebenarnya adalah kerana seseorang itu dianggap sebagai bapa yang mendidik anak-anaknya ke arah kebaikan.” katanya.

Author

Pilihan Editor