HomeBeritaMahkamah & Jenayah1MDB: Roger Ng mohon jalani hukuman di ‘penjara selebriti’

1MDB: Roger Ng mohon jalani hukuman di ‘penjara selebriti’

 

CYBERJAYA: Bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara berhubung skandal 1MDB memohon hakim untuk membenarkan dia menjalani hukuman itu selama 10 tahun di Danbury, Connecticut, Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, Peguam Ng, Marc Agnifilo meminta Hakim Daerah AS, Margo Brodie melalui surat agar beliau mencadangkan supaya ‘tahap hukuman terendah mungkin’ diilaksana di penjara persekutuan yang mempunyai tahap keselamatan rendah bagi anak guamnya itu.

Malah, Ng memerlukan rawatan kesihatan mental kerana dia mengalami gangguan stres pascatrauma selepas dipenjarakan dalam keadaan kotor di penjara Malaysia selama enam bulan sebelum diekstradisi ke AS untuk diadili, lapor Bloomberg.

Mengulas lanjut berhubung penjara Danbury, difahamkan penjara persekutuan itu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar New York dan menjadi inspirasi untuk penjara wanita dalam ‘Orange Is the New Black’ di Netflix.

Terdapat beberapa selebriti yang pernah dipenjarakan di situ seperti bintang realiti TV, Teresa Giudice dan penyanyi, Lauryn Hill.

Untuk rekod, Ng, 51, warganegara Malaysia, telah disabit kesalahan pada April lalu atas konspirasi untuk melanggar undang-undang anti-penyogokan AS dan terlibat dalam skim pengubahan wang haram.

Author

Pilihan Editor