HomeBeritaAdidas hasilkan sejadah, ringan dan kalis air

Adidas hasilkan sejadah, ringan dan kalis air

CYBERJAYA: Sempena Ramadan tahun ini, Adidas Terrex tampil dengan produk baru iaitu sejadah yang direka khusus buat orang Muslim bagi memudahkan mereka mengerjakan ibadah solat dengan selesa ketika sedang beriadah.

Sejadah berkenaan merupakan hasil kerjasama Adidas Terrex dengan persatuan Muslim Hikers dan rangkaian kedai Wiggle.

Difahamkan, cetusan idea itu dibuat menerusi kejadian seorang peserta acara mendaki di UK yang tidak disediakan tempat solat yang selesa memberikan idea sejadah yang mudah dibawa, tahan lasak serta kalis air, lapor portal Amanz.

Mengulas lanjut berhubung sejadah tersebut, ia diperbuat daripada bahan poliester ringan yang mudah dibawa termasuklah ketika mendaki.

Malah, sejadah yang dijual dengan harga £20 (RM109) itu juga kalis air supaya boleh menjadi pelapik ketika bersolat di kawasan lapang.

Author

Pilihan Editor