HomeSukanAzizulhasni tarik diri Kejohanan UCI Track Nations Cup

Azizulhasni tarik diri Kejohanan UCI Track Nations Cup

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengumumkan keputusannya untuk menarik diri dari penyertaan di kejohanan UCI Track Nations Cup Cairo Egypt, hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan nasihat doktor dan mengambil kira beberapa faktor lain.

“Saya telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari penyertaan di kejohanan UCI Track Nations Cup Cairo Egypt atas sebab kecederaan ketika latihan disini.

“Demi memberi ruang untuk mendapatkan pemulihan yang optimum, tempat saya akan digantikan oleh Fadhil Zonis,” maklumnya di Facebook pada Rabu.

Pada masa sama, Pelumba berusia 35 tahun yang digelar The Pocket Rocketman itu berharap semua pihak kekal memberi sokongan terhadap rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

“Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding disini.

“Jadual perlumbaan adalah seperti berikut Rabu (Men’s & Women’s Team Sprint), Khamis (Men’s Keirin, Women’s Sprint, Men’s Omnium) manakala Jumaat (Women’s Keirin, Men’s Sprint, Men’s Madison, Women’s Omnium),” tulisnya.

Untuk rekod,  Azizulhasni pernah menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne, sebelum kembali beraksi pada penghujung tahun lepas.

Author

Pilihan Editor