HomeSukanKylian Mbappe atasi Antoine Griezmann sebagai ketua pasukan baharu Perancis

Kylian Mbappe atasi Antoine Griezmann sebagai ketua pasukan baharu Perancis

PENYERANG muda Perancis, Kylian Mbappe, 25, secara rasmi dinamakan sebagai kapten baharu pasukan kebangsaan lelaki Perancis.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menggantikan penjaga gol berpengalaman Hugo Lloris, selepas pemain itu mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia di Qatar.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps merupakan individu yang bertanggungjawab memutuskan bahawa Mbappe adalah orang yang tepat untuk menggantikan tugas Lloris selaku ketua pasukan Perancis.

Satu kenyataan ringkas oleh Persatuan Bola Sepak Perancis pada Selasa memaklumkan, “Didier Deschamps telah menamakan Kylian Mbappe sebagai kapten baharu Les Bleus.”

https://twitter.com/equipedefrance/status/1638198520858411008?s=20

Pemilihan Mbappe sebagai ketua pasukan baharu Perancis itu tepat kerana dia merupakan MVP pasukan Perancis di Qatar 2022.

Author

Pilihan Editor