HomeSukanMarc Marquez sah terlepas perlumbaan GP Argentina

Marc Marquez sah terlepas perlumbaan GP Argentina

MARC Marquez mengesahkan tidak akan berlumba pada GP Argentina minggu ini selepas mengalami kecederaan pada hari perlumbaan GP Portugal semalam.

Juara dunia lapan kali itu terlibat dalam kemalangan bersama pelumba tuan rumah dari pasukan Cyrptodata RNF Motogp, Miguel Oliveira pada pusingan awal perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve.

Sejurus kemalangan itu, Marquez disahkan patah tulang metakarpal pertama pada tangan kanannya. Setelah pulang ke Sepanyol, dia turut disahkan mengalami patah intraartikular yang berubah tempat pada pangkal metakarpal pertama ibu jari kanannya setelah membuat pemeriksaan lanjut.

Pelumba pasukan Repsol Honda itu segera menjalani pembedahan di Hospital Ruber Internacional, Madrid yang diketuai oleh Dr. Ignacio Roger De Ona bersama Dr. Samuel Antuna dan Dr. Adrea Garcia Villaneuva, lapor Tarmac Sports.

Repsol Honda dan Marc Marquez kini menumpukan tumpuan dalam proses pemulihan dan segera kembali berlumba pada grand prix seterusnya. Mereka juga mengambil keputusan untuk tidak berlumba pada GP Argentina pada minggu ini.

 

Author

Pilihan Editor